NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Friday, January 7, 2011

KENANGAN MENGUSIK JIWA

Wah.....tajuk aku hari ni....macam best ja....hahahaha.....


Tetiba teringat kembali kisah-kisah kenangan ni. Cite ni berlaku 13 tahun dulu gamaknya. Umur aku time tu 12 tahun. Bayangkan aku seorang budak yang chubby dan comel (sangatla perasan....). Time tu agak comot gakla. Masa tu cuti sekolah hujung tahun bulan 12 xsilapnya. Nak masuk Form 1. Budak-budak tengah nak up la kan. Program hari tu konvoi beraya bersama-sama kengkawan naik basikal. Budak sek masa tu mana kaya macam sekarang. Basikal je la peneman setia kitorang.

Perjalanan konvoi tu x jauh mana pun. Taman perumahan belakang rumah je. Tengah aku berjalan dengan penuh excited nk makan juadah raya tiba-tiba.......

jeng...jeng...jeng....

zzuuupppp.......bunyi apa tu????????


Ni bukan kaki aku....hehehe

Kaki aku dah termasuk kat penutup longkang la.....wa....tersepit sampai kat lutut tau....
Adeh cam ne  nak kuarkan ni. Aku tryla la gak tarik kaki aku tu. Sakit sangat la plak. Macam kepala lutut ni dah kena cengkam dengan besi tu. Memang sangat kelam kabut time tu. Orang sibuk-sibuk nak menjamu selera aku plak gatal-gatal kaki aku tu tersepit....huhuhu.....

Ada iras la penutup tu...tapi yang aku kena 1 besi tu dah xde...


Masing-masing dah buntu x tau nak wat pe. Segala usaha dorang nak tarik keluar kaki aku tu memang x berjaya..... Akhirnya....akhirnya.... Korang nak tau pe dorang guna nak tarik kaki aku tu?......
hahahha.... Dorang guna jek keta tau x....JEK KERETA..... ye untuk tukar tayar keta time pancit tu la.....hahahaha.....

Lebih kurang macam ni la jek keta yang dorang gunakan

Aku x tau la macam mana dorang buat kaki aku keluar dari cengkaman tu. Bila dah selesai satu perasaan kelegaan yang amat sangat. Tengah-tengah kecoh tu rupa-rupanya kawan ku Kadol sempat jua bagitau mak aku akan kejadian tersebut. Bila ingat cite ni balik aku xleh tahan Kadol g amik mak aku naik basikal...hahahaha.... Korang bayangkanla Kadol tu dahla kurus kering yang amat sangat. Mak aku kata mak aku dah macam nak terbang membonceng kat belakang tu....hahahaha.....Punyalah kabut keadaan masa tu. X kira apa dah.
Ni bukan la basikal yang Kadol gunakan amik mak aku.....huhuhu


Ada jiran aku siap puji aku time tu. Dia kata aku sikit pun x menangis time kena tu. Sebenarnya aku menangis dalam hati. Malu la aku. Ramai gila yang kerumun aku masa tu. Cover cun punya pasal tahan je la dalam hati. Keras hati betul aku ni. Lepas tu aku dibawa g klinik dpt MC 3 hari. Jalan pulak terencot-encot macam orang patah kaki....hehehehe....

Di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang membantu aku tu. Terutamanya orang yang berjaya keluarkan kaki aku tu. X tau la sapa namanya. Kemudian kat best friend aku Kadol. Ko memang kawan aku dunia akhiratla. Sampai sekarang ko baik gila dengan mak aku. Sampaikan nak cari jodoh pun nak mak aku carikan....hahaha.... Macamlah aku xtau... Ramai gila awek2 yang berkenan kat ko tu. Ko tu je xtau nak pilih yang mana 1 kan....hahahaha.... Kadol cepatlah ckit kawin tu. Aku dah teringin sangat nak makan nasi minyak kenduri kawin ko ni....hahahaha..... Marilah kita doakan kebahagiaan untuk bujang terlajak ni....

Kadol - cepat2 la kawin...hehehe


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...