Amboi, aku punya tajuk! Mentang-mentanglah Puduraya sudah kembali beroperasi. Rindu sangat la nak tengok rupa baru Puduraya. Banyak kenangan manis aku bersama Puduraya ni.
Masa belajar dulu inilah hentian yang menjadi penghubung antara aku, KL dan Kuantan. Berulang-alik xkira masa. Kalau rasa rindu kat famili aku terus je nak balik. Aku pemah balik masa semua orang sibuk buat majlis penutup untuk kamsis. Jahat x aku. Masa tu pun aku x berapa sihat. Perasaan nak balik tu memang membuak-buak la. Dah xpeduli dah kat majlis tu. Hubby aku merupakan AJK kamsis yang aku duduk. Tapi xpenah aku jumpa & aku xkenal pun dia. Kelakar kan....hehehe...
Puduraya ni juga menjadi tempat kenangan yang paling manis buat aku dengan hubby. Nak tau kenapa? hihihi....jeng..jeng...jeng.... Tempat inilah menjadi titik pertemuan pertama bagi aku dengan hubby. Tanggal 3 September 2006, sedang aku menanti bas sampai ke terminal seorang lelaki datang menegur aku. Tanya aku nak ke mana. Masa ni aku nak balik ke poli aku kat Kuantan. Sembang-sembang rupanya dia pun pelajar poli sama dengan aku. Bermulalah perkenalan aku dengan Hubby. Aku balik sorang je dia pulak dengan 2 orang kawan dia. Masa ni kawan dia x sampai lagi.
Masa ni pun ada kenangan tragis sebenarnya. Nak balik Kuantan ni, aku terpaksa bayar harga tiket 2 kali ganda. Masa ni budak poli dah habis cuti sem tapi budak U pulak baru mula cuti sem. Kami bertembung. Tiket memang sold out la. Nak x nak terpaksa la ambil je tiket ni. Lagi sadis bas tambahan yang aku naik tu hanyalah bas sekolah tanpa penghawa dingin. Sila bayangkan perjalanan yang memakan masa 4 jam tanpa penghawa dingin. Rasa nak pengsan time tu.
Masa dalam bas tu, aku duduk dengan seorang budak perempuan ni. Hubby aku dengan kengkawan dia iaitu Pa dan Apai duduk kat belakang. Hubby aku time ni jual minyak la. Siap minta no telefon lagi. Aku memang agak teragak-agak la nak bagi. Tapi budak perempuan yang dok sebelah ni laju je terus bagi. Banyak kali la hubby aku minta. Setelah berfikir sejenak, aku bagi la jugak. Senyum je hubby aku ek. Padahal budak perempuan sebelah aku ni yang terminat kat dia. Aku rileks ja la. Baru ja kenal xkan lah terus jatuh cinta kan...hehehe...
Bila dah sampai di Terminal Kuantan, masing-masing pun turunlah. Aku masih duduk kat Terminak tunggu kengkawan serumah aku sampai. Dorang dari Temerloh. Tapi aku dapat mesej dari dorang sampai lewat sikit. Bas dorang lambat bertolak dari sana. Menunggu la aku sorang-sorang kat sana. Perut pun dah lapar ni. Tiba-tiba hubby aku ni datag semula ajak aku g makan dengan kengkawan dia. Alamak, nak terima ke x? Takut la jugak kan. Depa ni semua lelaki. Apa-apa hal nanti. Aku dah la sorang-sorang ja ni. Memandangkan perut aku pun dah mula menyanyi lagu rock kelaparan, aku pun terima la pelawaan tu.
Tapi kami makan bertiga je la. Pa ada hal nak siapkan keja kat CC Terminal tu. Bertukar-tukar cerita la kami bertiga. Budak perempuan sebelah aku pun sebenarnya nak join tapi orang yang ambil dia pun dah sampai. Nampak benar muka kecewa dia. X ada rezekilah nak makan bersama..hehehe...
Agak-agak korang apa yang terjadi lepas pertemuan pertama ni? jeng..jeng..jeng....hehehe.....
4 comments:
CEPAT2NAK TAU SAMBUNGAN NI
hehehe....sabar ye sue...
pastu? pastu? hehe
liyana pun xsabar ek?hehehe...
Post a Comment