Pagi tadi aku telah menghadiri ceramah HIV/AIDS - Stigma dan Dikriminasi yang diadakan di ofis aku. Banyak pengetahuan yang aku dapat selama 2 jam ceramah berlangsung. Aku ingin berkongsi serba sedikit info yang aku dapat bersama kengkawan semua.
Sebelum korang semua tahu apa maksud HIV & AIDS? Kebanyakan dari kita hanya tahu menyebut atau mungkin tahu serba sedikit pasal ini. Tetapi kebanyakan dari kita akan merasa takut untuk menyebut DUA perkataan ni. Seolah-olah penyakit ini adalah penyakit berjangkit. Oleh itu aku ingin berkongsi dengan semua dan mengubah sedikit pandangan kita terhadap semua penghidap HIV/AIDS ini.
H Human
I Immunodeficiency
V Virus
A Acquired
I Immune
D Deficiency
S Syndrome
"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.
AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada :
- pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang norma
- beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.
Virus ini boleh tersebar melalui bendalir-bendalir tubuh seperti:
� Darah
� Darah
� Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
� Rembesan faraj
� Susu badan
� Susu badan
Virus ini tidak boleh tersebar melalui bendalir-bendalir seperti :
� Air mata
� Air liur
� Peluh
Transmisi/Jangkitan Virus AIDS
� Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan bersama-sama individu yang telah dijangkiti
� Suntikan dan perkongsian jarum suntikan
� Daripada ibu yang dijangkit kepada bayi yang dikandung
� Suntikan dan perkongsian jarum suntikan
� Daripada ibu yang dijangkit kepada bayi yang dikandung
Tanda-tanda dan gejala
� Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya
� Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan
� Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan
� Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
� Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit
� Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
� Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

Kita tidak akan dijangkiti AIDS dengan :
� berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk
� menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.
� proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.
� menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.

Komplikasi
Pneumocystis Carinii Pneumonia |
� Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS� Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta.
Sarkoma Kaposi |
� Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.
� AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari.
� AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari.
Stastitik AIDS di Malaysia
Oleh itu, kita semua haruslah mengubah semua stigma dan mitos yang kita pernah mengenai penyakit AIDS ini. Bukan semua penyakit ini diakibatkan dari gejala yang tidak sihat. Sokongan moral dari kita haruslah kita berikan terutamnya kepada kanak-kanak tidak berdosa yang terpaksa menerima keadaan mereka ini. Kita haruslah melayan mereka seperti orang normal yang lain kerana ini bukanlah penyakit berjangkit.
Hari AIDS Sedunia disambut setiap 1 Disember |
5 comments:
thanks kongsi ni
sama-sama kita berkongsi ye...
thanks 4 sharing !!
Datang dari belog abg ben..
Jom terjah Entri baru !!
Perbezaan SPEED DIAL sekarang dan pada tahun 1939..
salam,
t kasih atas keprihatinan & pkongsian.
moga hidup anda dirahmati
salam....
sama-sama kita....
Post a Comment