Insiden ni dah lama berlaku sebenarnya. Kira-kira 3 bulan lepas. Lepas beberapa hari Majlis Bertandang aku kat KKM. Kami dok saja-sajalah bersembang. Kebetulan masing-masing tengah cuti lagi. Ada la plan nak g Langkawi. Kalau boleh nak bawa semua family ikut ni. Kenalah rancang betul-betul. Terutamanya tarikh, tempat dan keperluan-keperluan lain nak dok menetap kat sana kan. Akhirnya kata sepakat pun dah tercapai.
Sehari sebelum bertolak tu. Semua family hubby aku berkumpul di rumah kitorang di AS ni. Dekat dan senang semua dah dok setempatkan. Xdelah nak dok menunggu-nunggu dan terkejar-kejar. Perjalanan pun relaks ja.
HARI PERTAMA
Di keheningan pagi Jumaat kami sebanyak 3 buah kereta bertolak la ke Kuala Perlis. Penuhlah bonet-bonet kereta dengan segala macam keperluan untuk semua. Lepas selesai segala macam kat sini g la tempah tiket feri. Kereta parking dekat kawasan Jeti Feri Kuala Perlis. Kenalah urus dengan betul. Balik Ahad nanti kereta pulak xde. Naya je la. hehehe....
Nasib baik hubby dah tempah homestay & van kat sana. Sebenarnya tempah 2 buah van tapi bila nak guna van yg 1 lagi tu xleh start pulak. Depa ni gantilah dengan sebiji kereta. Nasib baik muat. Yang ramai tu sebab ada kanak-kanak ribena ni lah. Masing-masing berebut nak dok sebelah aku. Nak dapat aura pengantin baru...hehehe....
Lepas dapat rehat yang mencukupi petang tu bermulalah ekpedisi meneroka Langkawi Permata Kedah ni. Dah bawa kaum wanita ni tempat pertama yang dituju mestilah tempat shopping kan. X sahlah kalau x bershopping sakan di Hj Ismail Group tu. Tu kepada my MIL & kakak-kakak ipar aku je la. Orang yang paling banyak g shopping jatuh kepada Kak Noni. Bawa anak-anak kecil pun dah xkira dah. Usung je bawa nak g shopping. Kak Noni ni dok Tawau. Susah ckit nak dapat barang-barang yang ada kat sini. Kalau ada pun RM memang kena banyakla. Kos kat sana lagi tinggi. Depa suami isteri memang cool. Sama-sama shopping sakan. Nak menambah koleksi barang-barang kat rumah baru.
Aku beli coklat je la. Hubby dah pesan tengok je. Dalam tengok-tengok tu ada gak yang tersangkut. Hanya beli barang yang xde kat rumah AS ni. Hadiah kawin kan banyak. Tu yang Hubby x bagi beli tu. Tapi sampai sekarang hadiah-hadiah kami dok tersangkut kat rumah di KL ni. Entah bila nak bawa balik AS.
Lepas seharian berpenat lelah sampai lenguh-lenguh kaki berjalan, barulah kami ingat nak makan malam. Makan besar punya. Terpaksa buat 2 meja. Ramai kan yang join. Menunya biasalah. Nasi putih, Tom Yam Campur, Ikan Siakap 3 Rasa, Sayur Campur dan pelbagai hidangan menarik lagilah. Aku pun dah hilang ingatan. Nampak je lauk tu terus masuk mulut je. Bau pun dah wat kita gigit jari nak makan tau. Makan pulak diiringi angin sepoi-sepoi bahasa. Romantiknya. Bertambah-tambah selera tau. Licin la...hehehe.... Malam tu kami balik ke homestay dengan perut yang kenyang. Alhamdulillah.... Sebelum sampai homestay singgah jap kat Awana Porto Malai. Feeling-feeling dok oversea.... kekeke...
sempatla merasa masuk resort ni.... |
Jalan-jalan lagi la kan. Kami g kat Kereta Kabel Gunung Mat Cinchang. Mula-mula kakak-kakak ipar aku ni nak naik. Sekali tengok tinggi ke main lak gunung tu semua x jadi naik. Amik gambar je la kat sana. Sayang kan x naik kereta kabel. Aku dah 3 kali sampai Langkawi & 3 kalilah dah sampai kat atas tu. Memang best la. Pemandangan memang cantik tau.
Lepas tu kami melawat kat kawasan Beras Terbakar. Amik gambar & jalan-jalan je la. Lepas makan tengah hari dengan Cendol & Laksa...ppeeerggghhh...sedap tau... Kami pun bertolak ke Jeti Kuah. Nak balik dah ni. Naik feri kul 6 ptg. Punyalah ramai umat manusia kat jeti. Macam-macam ragam gak la. Ramai plak pengantin baru yang aku jumpa. Ni kan tempat popular untuk berbulan madu...hehehe....
Masuk je feri carilah no tempat duduk kami. Kali ni xbolehlah dok ikut suka. Selalu time nak balik ni memang penuh. Dah dapat row tempat duduk kami ada disaster pulak. 2 row tempat kami dah ada orang duduk. Semua tempat duduk kakak-kakak ipar aku. Kami pun mintala elok-elok kat orang-orang yang duduk tu kan. Tanyalah no seat depa ni. Manalah tau ada duplicate ke. Rupanya x. Depa memang sengaja duduk tempat kami. Jawab pulak dengan selamba & tunjuk ego pulak. Siap boleh kata dok je la mana-mana tempat yang ada. Nada tinggi tu. Depa ni dah la muda remaja. Cakap plak x hormat orang. Macam nak cari gaduh ja. Kami ni bawa kanak-kanak ribena plak. Semua kena dok dengan mak-mak doranglah kan. Mana leh nak pisahkan.
Kami approach depa ni cara baik lagi. Tiba-tiba sorang dari geng dorang ni bertempik. Hubby aku apa lagi. Lawan balik la. Kita dah minta elok-elok depa nak kurang ajar lak. Dah macam dok kapal perang la kat dalam feri tu. Nasib baik seat Mak Abah dah settle time tu. Memang kalut la dalam feri tu. Yang aku pelik xde sorang pun staff kat dalam feri tu nak settlekan problem. Dorang biarkan je la kami ni dok bergaduh macam tu. Lastnya kakak-kakak ipar aku terpaksa dok berhimpit-himpit. Memang la perjalanan tu xlama. Tapi kita mesti nak rasa selesa. Mamat yang bertempik tadi terus terdiam seribu bahasa lepas kena terjah dengan hubby aku. Aku rasa dia orang luar kot. Xde loghat Kedah pun. Dah mai tempat orang tu hormatlah ckit. Jangan nak pentingkan diri sendiri je.
Dah kena fire barulah takut ye.... |
Sampai kat jeti Kuala Perlis pun kami jumpa lagi. Kami buat xtau je la. Padahal dalam hati rasa nak bagi penumbuk je kat sorang-sorang. Hubby aku ni bukanlah sorang yang panas baran tapi bila orang dah start kurang ajar dia memang xleh tahan. Tambah lak melibatkan family sendiri. Orang yang cool pun boleh naik temperaturenya. Kali pertama dapat tengok Hubby aku marah yang amat sangat. Aku pun dah rasa kecut perut. Nasib baik dia cepat cool. Hubby siap terangkan kat aku sebab dia marah sangat. Dia tau la tu aku terkejut tengok dia tadi....hehehe....
5 comments:
ishh..giler teruk diaorg tuh.. tak hormat org langsung... mcm tu punya org pn ade kan kat muka bumi ni..
memang pun...nasib baik dah nak balik..klu x spoil je mood honeymoon...
ISHH...TERUKNYE..PELIK2
klu ai kt tpt yu ai join skali marah² dgn hubby yu tu..haha..=P
dah semua org join marah2...sebagai isteri kena jadi penyejuk la plak kan...hehehe...
Post a Comment