NuffnangX

Search This Blog

Daisypath - Anniversary

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Saturday, March 5, 2011

HUJUNG MINGGU YANG KENYANG.....

Lebih kurang jam 7 semalam tiba-tiba henpon ku berdering. Lagu For The Rest of my Life nyanyian Maher Zain. Nasib baik x tercekik. Kelam kabut nak angkat henpon padahal tengah makan nasi. Baru balik dari keja. Melantak dulu.

Rupa-rupanya Ijan yang call. Ada plan rupanya. Ni mesti dorang terlupa nak ajak aku la tu. Selalu last minute plan pun petang tu dah call. Dorang nak ajak g JJCM. Idea Tasha & Cik Tip. Tasha teringin nak makan Rasamas kat Carefour. Rezeki mana leh nak tolak kan. Aku pun ok je. Lepas tu minta kebenaran hubby la kan.

Lepas sume dah bersiap kami pun berkumpul. Naik 1 keta je. dalam keta decide balik nak g mana. Biasalah orang pempuan kalau bersiap. Konon-konon lepas maghrib tu nak terus keluar. Alih-alih dekat kul 9 malam baru la berkumpul. Tu yang kena decide balik. Carefour tu kul 10 malam dah tutup. Kitorang xnakla rush sangat. Lepas makan nak gak bersembang-sembang. Bukan selalu dapat jumpa.

Akhirnya Tasha ajak g makan stik kat Bangsar. Bila sampai je kat sana, kedai tutup pula. Memang xde rezeki la kitorang. Ijan pun ajak g makan Western kat Pantai Dalam. Sampai je kat kedai tersebut dah ramai orang. Nasib baik masih ada tempat kosong. Kitorang pun amik tempat la.

Masa ditunggu-tunggu pun telah tiba. Kitorang pun order la ikut kemahuan tekak & perut ni. Aku order Fish & Chips dengan Mushroom Soup, Ijan & Tasha pilih Chicken Chop. Cik Tip amik Keoy Teow Goreng je. Tip dah kenyang malam tu. Chicken Chop dia memang leh makan untuk 2 orang. Memang besar la ayam dia. Sampai Ijan xmampu nak habiskan. Sambil-sambil makan tu dok bersembang xhengat dunia.

Ada seorang waitress kat sana sampai tegur kitorang. Dia kata amboi penuhnya meja tu? hahaha....
Kitorang memang suka makan la. Cik Tip sampai nak tido la dok tunggu kitorang habis bersembang. Kesian Cik Tip. Dah nampak Cik Tip dah xbermaya kitorang pun bertolak la nak balik umah. Tido malam kami dipenuhi makanan yang sedap-sedap. Tersangatlah kenyangnya.


Korang perasan x kebanyakan entri aku ni asyik cite pasal makan je? Ni confirmla berat badan akan naik....hehehe..... Selamat Menjamu Selera.....

P/S : Korang jom g Dataran Merdeka. Ada sambutan Hari Tentera Darat ke - 78 dari 4-6 Mac 2011 ni. Sesiapa yang berminat nak jaga keselamatan negara ni jomla jenguk-jenguk jawatan kosong yang ditawarkan. . Macam-macam ada.

2 comments:

MIZZ SUE said...

xsempat pun nak pi dataran ..hehe..mesti best kan

bojie_boboy86 said...

mmg best...tgk booth dorang yg macam2 ada tu....tmbah lak tgk mesingan yg canggih-manggih tu...hehehe...nnt zai wat entry ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...