Seperti yang aku cerita semalam. XTVT arini mencari siput kat pantai. Pagi2 kami dah bersiap dengan peralatan untuk mengorek pantai yang airnya sedang surut tu.
Dalam perjalanan singgah beli nasi lemak dan roti canai dulu. Bekalan makanan pun kena ada juga. Sampai je kat pantai air baru je nak surut. Kami pun g la turun pantai. Bermulalah xtvt mengorek pasir mencari siput ni. Macam-macam ada. Kak Cik lak bawa Echa dan Amirah. Suka betul la si kecik ni. Tambah plak Amirah baru pandai berjalan. Pegang pun xnak. Kalau boleh nak g ke tengah ikut Opah cari siput. Seronok betul mereka.
Setelah penat semua pun naik. Kami pun makan la nasi lemak dan roti canai yang dibeli tadi. Rupa-rupanya Abah pun ikut g pantai. Tapi dok kat atas je la. Dok perhatikan kami ni...hehehe....
Selepas tu kami pun balik ke rumah. Makan tengah hari. Mak masak siput yang kami kutip tu. Sebakul penuh gak la kami dapat. Lepas je makan kami bersiap-siap nak pulang. Kak Cik nak balik Changlun, aku dengan hubby balik AS. Kak Cik bawa sekali Adik Jai dan Aliff dok umah.
Sampai kat TESCO SP kami berpecah. Aku, hubby dan adik Jai bertolak ke rumah di AS. Dalam perjalanan tu singgah kat Gurun beli KFC. Kak Cik nak singgah umah kami makan. Kak Cik pun bawa gak lauk pauk yang dimasak tadi. Makanlah kami beramai-ramai.
Search This Blog
~ Hey, It's Me! ~
- syazai86
- Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
- seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!
~ My Lovely Friends ~
Sunday, February 6, 2011
MANALAH KAMU NI SIPUT.....
Labels:
balik kampung,
famili,
hubby,
makan-makan,
siput,
utara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment