NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Friday, February 4, 2011

MANDI - MANDA @ BALING

Semalam dah makan besar. Hari ni pun makan besar gak. Tapi hari ni kat luar rumah pula. Destinasi arini ke rumah Tok. Rumah Tok ada air terjun. Berhampiran dengan Bukit Hijau.

Sebelum tu kami singgah ECONSAVE di Kuala Ketil. Beli barang-barang yang belum lengkap lagi. Padahal bonet 5 keta ni dah sarat dengan bekalan kami. Saja la nak tambah-tambah lagi. Singgah jap kedai runcit beli arang lagi.

Selesai semua bertolak la ke rumah tok. Sampai je operasi mengangkut barang ke tempat perkelahan kami. Budak-budak semua sudah xsabar nak mencecahkan kaki ke dalam air. Hubby aku memang part bakar membakar ni favourite dia. XTVT dimulakan dengan makan-makan. Lepas hubby dah settle uat BBQ dan makan aku pun ikut hubby terjun sungai la. Dari mula lagi hati ni menjentik-jentik nak rasa kesejukan air sungai ni. Penuh la tempat ni dengan famili kami je. Sampaikan ada orang nak join pun terpaksa berpatah balik. Kami dah conquer tempat ni...hahaha....

Lepas puas mandi - manda kami pun berkemas untuk pulang. Angkut semula barang-barang yang kami bawa tadi masuk ke dalam bonet kereta masing-masing. Dalam perjalanan tu singgah ke rumah sedara mara dulu. Mak perkenalkan aku kat sedara mara yang ada. Almaklumlah kami kan pengantin baru (barulah sangat...hehehe...) sambil tu leh jumpa sedara mara hubby aku.Kami pun bertolak pulang. Singgah sebentar beli mee rebus & pasembor. Abah teringin nak makan.

Jam 8.30 malam aku dengan hubby bersiap-siap untuk keluar semula. Kali ni nak hantar Cha'u ke stesen bas SP. Anak teruna sorang ni nak balik JB. Belajar kat Politeknik kat sana. Kebetulan pula hubby nak belikan tiket aku balik KL. Jenuh mencari kat semua kaunter sume tiket dah habis. G la kat kaunter Transnasional nak tengok tiket kat Alor Star pulak. Beratur punya beratur. Ada 1 tiket ada orang tukar. Tapi tiket tu dapat plak kat orang yang beratur depan aku. Melepas akhirnya. Cari tiket dari AS - KL ari isnin pun dah habis. Hubby pun kata nak balik AS esok cari tiket aku.

baucer Just K

Penat mencari tiket hubby pun bawa aku ke SP Village Mall. Nak tengok wayang gak. Alih-alih ada jam 11.20 malam yang paling awal. Fikir2 balik lewat lak nak balik KKM. Ganggu plak orang-orang kat umah, dengan ada budak-budak kecik lagi. Terpaksalah batalkan hasrat kami sekali lagi. Nak tengok wayang pun xdapat hubby pun ajak aku melalak kat Just K Family Karaoke. Siap dapat baucer lagi dalam sampul angpau. Akhirnya hubby bawa aku makan Yong Tau Fu sebelah bangunan Jabatan Imigresen Sungai Petani.


Dah kenyang baliklah umah. Tengah malam gak la sampai umah. Xde sapa pun yang tau kami berdating berdua sebenarnya....hehehe...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers