Kalau nak booking secara online boleh rujuk kat sini..... |
Hari ni aku dah kena bertolak ke KL. Bas jam 10 pg. Kemas2 ckit pe yang patut kat rumah. Kemas barang-barang semua. Hubby aku g pejabat dulu minta kebenaran nak keluar. Lepas tu kembali semula ke rumah nak amik aku g terminal. Sayu rasanya nak tinggalkan hubby setelah seminggu dapat bermanja-manjaan...hehehe.... Kalau xnak balik boleh x? Maunya aku kena letak jawatan ni.... hehehe....
Kul 9.30 pg kami bertolak ke terminal. Tempat letak kereta pun penuh. Berkali-kali la hubby berlegar-legar nak letak kereta. Jam aku dah nak jam 10 pun. Hubby suruh aku g masuk terminal dulu. G tanya bas dah sampai ke belum. Punya la berlari pecut aku masuk teminal. Rupa-rupanya bas xsampai pun lagi. Tanya kaunter kata bas kami lambat sikit. Jalan sesak gak arini. Aku ingat kalau balik ari isnin jalan dah lengang la. X pun situasinya sama je.
Setelah dapat letak kereta, hubby pun datang bawa barang-barang aku. Terjumpala seorang kakak ni hantar anak buah dia balik KL gak. Naik bas yang sama dengan aku. Dia pun kalut gak tunggu bas yang xsampai-sampai ni. Hubby aku terpaksa call pejabat balik cakap dia masuk lambat arini.
Jam 10.30 pg barulah nampak bas masuk terminal. Semua orang pakat serbu bas tersebut. Rupanya ramai yang tgh tuggu bas ni sampai. Jam 11.00 pg barulah bas bertolak. Hubby pun balik la ke pejabat. Tapi selalulah update aku dah sampai mana.
Dalam kul 1.00 petang bas berhenti rehat kat R&R Bukit Gantang. Kat situ kan banyak jual buah-buahan. Ramaila yang beli buah tangan untuk balik. Aku pun samalah. Aku beli jambu air madu. Sebenarnya aku cari buah jambu epal (aku xtau pe nama sebenar buah tu...hehehe) . Tapi xjumpala pula. Padahal masa nak datang aritu ada je buah tu. Xde rezeki la tu. Lepas tu aku belilah jagung manis. Makanla kat pondok bersama penumpang bas yang lain.
Tiba-tiba semua orang berlari keluar dari tempat makan. Kami yang xtau pe2 ni pun tekejutla. Ingat orang bergaduh ke sebab semua orang kat tempat makan tu berlari macam ada bencana yang sedang berlaku. Aku yang xpuas hati ni tanyalah kenapa kak seorang Akak ni. Dia kata ada kebocoran gas. Kedai makan tu terbakar la sikit. Tu yang semua bertempiaran lari tu. Bahaya betul kan. Kedai makan tu terus tutup la.
Jam 1.30 petang bas pun bergerak semula. Sampai kat Simpang Pulai jalan sesak la pulak. Banyak lagi kereta kat atas lebuhraya arini. Nak xnak terpaksala. Lagipun bukan aku yang pandu bas kan. Asyik tido je la aku. Sampai dah xlarat nak tido dah ni.
Akhirnya aku sampai di Hentian Duta jam 5.10 petang. Nasib baik hubby dah call adik dia Syafwan amik aku kat Duta. Kira-kira jam 6.00 petang aku dah sampai kat rumah.
Tahun ni CNY yang paling best. Dapat spend time sepenuhnya bersama hubby dan famili. Seronok x hengat la....hehehe....
No comments:
Post a Comment