NuffnangX

Search This Blog

~ Hey, It's Me! ~

My photo
Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!

~ My Lovely Friends ~

Friday, February 11, 2011

NASI LEMAK KG. BARU



sumber : pakcik google


Tepat kul 5 petang aku pun turun untuk scan tangan (punch card). Dah janji dengan kengkawan nak makan bersama. Destinasi tujuan adalah ke Kg Baru, Kuala Lumpur. Masing-masing teringin plak nak makan nasi lemak. Kali ni kitorang g berempat je. Aku, Ijan, Wirda dan Ayu. Cik Tip dan Tasha pulak xdapat join kerana ada hal-hal yang xmengizinkan. Lain kali plak la kita bersua muka lagi kan. Padahal dorang berdua yang teringin sangat nak makan kat sini.

Lepas je scan tangan, aku pun menuju ke LRT. Dah pakat dengah Ijan jumpa KL Sentral. Tapi Ijan terlewat ckit sebab ada kerja urgent yang perlu disiapkan dulu. Ijan sampai je call Wirda tanya dia dah bertolak ke. Hari ni Wirda cuti. Kalau x memang susahla nak jumpa dia. Orang keje ada shift biasala kan. Jadual dia xsama dengan yang lain. Disebabkan belum bertolak kitorang decide singgah Jalan TAR dulu. Ijan nak amik stok jualan dia.

Kira-kira 6 lebih, Wirda pun call kata dah masuk KL. Bagitau dia jumpa kat belakang Pertama Compleks, sebelah Medan MARA tu. Dah jumpa kitorang pun terus bertolak ke Kg. Baru. Sampai je terus mengambil nasi lemak dan pilih lauk-pauk idaman hati. Kitorang amik Telur Puyuh masak Sambal, Burung Puyuh Goreng, Sambal Sotong, Tempe Goreng dan Otak-otak. Berselera betul kitorang makan. Sambil-sambil tu buka cite la kan. Macam-macam isu la. Siap disajikan dengan alunan petikan gitar lagi.

Sampai terkeluarlah idea Ijan untuk kuar berempat ke Johor dan Melaka. Dah lama pun xkuar bersama-sama kan. Cadangan tu akan dipertimbangkan. Masing-masing pun dah ada komitmen. Kena tengoklah pada kesesuaian masa dan keadaan kitorang kan. InsyaAllah ada rezeki menjadilah rancangan kitorang tu.

Sesudah kekenyangan kitorang pun bertolak pulang. Kira-kira kul 10 mlm sampailah kitorang kat umah masing-masing. Gambar sekeping pun xamik. Leka sangat bersembang....hehehe...



2 comments:

Unknown said...

nasi lemak mak wanjor sedap

syazai86 said...

hehehehe....mmg sedap....jalan jem pun sanggup redah klu bab makan ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers