Lepas bersiap hubby bawa mengisi perut kat Kuala Kedah. Makan ikan bakar sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi sawah padi. Nyaman sungguh terasa.
Kemudian kami menuju ke Alor Star. Tiba-tiba hubby teringat malam ni ada perlawanan bola. Kami pun singgah ke Stadium Darul Aman beli tiket. Kebetulan pula kedai jual jersi pun dah buka. Hubby aku dengan sungguh-sungguh minta aku pakai jersi Kedah malam ni. Kedai yang pertama tu ada jersi yang latest. Tapi harga mahal sangat la pula. Pergi kedai kedua dapatlah harga murah. Tapi jersi yang lama la. Layan saja la kan.
Selesai semua hubby bawa kau ronda-ronda. Sebenarnya tengah fikir nak bawa ke mana....hehehehe.... Akhirnya hubby bawa aku ke Lye Huat Garden. Macam-macam ada kat taman ni. Ada pokok bonzai, pelbagai jenis haiwan (nak panggil zoo pun bolehla), dan landskap yang menarik. Tiket masuk ke taman ni RM10 seorang dewasa. Kanak-kanak bawah 12 tahun dalam RM5.
Ronda-ronda kat taman ni g tengok harimau, buaya, beruang, angsa, burung dan banyak lagilah. Time tengok harimau aku cuak betul. Tempat harimau tu ada palang je. Dalam tu ada kolam yang dibuat sedalam yang mungkin supaya harimau tu xdpt panjat ke tempat kita tengok tu. Sama gak dgn tempat beruang. Hubby aku je la yang beria-ia dok rakam telatah harimau dan beruang tu. Aku memang xsanggup nak dekat. Harimau tu pun nampak kami macam nak terkam je. Lama gak dok kat taman ni. Sempat la posing dengan hubby kan. Keluar je beli air kat pintu keluar taman.
Lepas menghilangkan dahaga kami pun bertolak balik. Dalam perjalanan tu singgah kat Darulaman Golf & Country Club Darulaman Park ataupun hubby aku panggil Taman Jitra. Sampai je aku dah nampak paddle boat kat tasik yang seluas alam tu. Tiba-tiba hubby aku xnak keluar. Hubby kata kita dok dalam keta je la. Aku pun dengan xberputus asa pujuk hubby. Hubby aku setuju tapi bukan naik paddle boat. Tapi g ronda-ronda kat taman naik keta buggy. Aku pun ok je la. Dalam 20 minit gak la amik masa ronda seluruh taman tu. Luas kan.
Sampai jek at stesen dok rehat jap. Lepas tengok ramai yang naik paddle boat tiba-tiba hubby kata nak naik pula. Aku pe lagi sangat hepila. Rupa-rupanya hubby takut kami ni xbalance. Tapi ok je sebenarnya. Cuma aku kena kayuh sorang-sorangla. Kalau hubby kayuh gak bot kitorang tu akan berpusing kat sebelah hubby je. Setengah jam nak ronda-ronda jat tasik tu. Penat la gak. Tapi seronokla sebab ditemani hubby tercinta. Selasai semua hubby ajak balik. Dalam perjalanan tu singgah jap makan laksa dan cendol. Sedap tau.
Balik umah bersiap-siap menuju ke stadium pula. Rupa-rupanya baju jersi aku tu besar la pula. Tapi hubby minta pkai gak. Kali ni g stadium naik motor. Supaya senang nak balik nanti. Biasala kalau ada perlawanan mesti berduyun-duyun orang yang datang. Malam Ni Kedah vs Felda United. Sampai je stadium singgah gerai beli kuaci dan air. Air pula kena buang penutup atas tu. Tu peraturan baru tuk masuk stadium. Cari tempat kami n duduk la. Sambil menonton makan kuaci. Hubby beli 2 bungkus je tapi xsampai masa pertama habis kuaci habis dulu. Hubby pun tambah la lagi. Permainan malam ni agak menarik. Kedua-dua pasukan agresif melakukan serangan. Akhirnya Kedah menang penalti 1-0. Ada gak insiden pergaduhan di kalangan pemain. Masing-masing xpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan.
Habis perlawanan singgah kat KFC pula. Perut aku kelaparan pula. Lepas makan barulah bertolak pulang ke rumah kami. Sepanjang hari kami meronda je kejenya. Penat tapi seronok.
No comments:
Post a Comment