Salam semua....
Dah berhabuk blog ni aku biarkan. Memang dah lama sangat aku x update apa-apa entri kat sini. Kesibukan minggu-minggu akhir berada di PJ ni. Banyak benda nak kena diselesaikan.
Korang pun sedia maklum kan aku dah dapat bertukar ke Kedah. Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di ofis ni. Operasi kemas-mengemas telah bermula dari pagi tadi. Aku ingat tak banyaklah barang-barang aku kat ofis ni. Sekali kemas, sampai 2 kotak la aku kena bawa balik..hehehe...
Barang-barang kat umah aku memang xkemas lagi. Malam ni la kot. Aku bawa baju nak pergi keja ja dulu. Lain kali amik barang-barang lain pula. Ni pun aku rasa bikin kereta penuh gak ni. Nampak je sikit, sekali dah dapat dikumpulkan macam x percaya je....hehehe...
Petang ni kengkawan ofis aku adakan majlis perpisahan untuk aku & 2 orang lagi yang bertukar. Tapi aku sorang je la yang paling jauh. Dorang tu bertukar bahagian ja.
Setelah 3 tahun di sini, terasa sedih pula nak tinggalkan kengkawan kat sini. Jangan aku menangis petang ni sudahla. Hari ni memang terasa sangat. Nak berpisah dengan orang-orang yang rapat dengan kita. Lain rasanya. Lepas ni kena sesuaikan suasana tempat kerja baru, orang baru & segala segi baru. Harap-harap aku dapat lakukan tugas aku dengan sebaik mungkin di tempat baru. Moga semuanya berjalan lancar...amin....
Search This Blog
~ Hey, It's Me! ~
- syazai86
- Petaling Jaya/Gurun, Selangor/Kedah, Malaysia
- seorang isteri kepada jejaka kacak (amboi, puji hubby sendiri la plak!), Mama kepada 3 orang anak, macam kembar dah depa bertiga....hihihi....love them so much!
~ My Lovely Friends ~
Friday, April 29, 2011
PERPISAHAN.....
Labels:
kimia,
perpisahan,
tukar,
utara
Wednesday, April 20, 2011
KEBAHAGIAAN TERUS MEKAR.....
Hari ni genap 5 bulan aku sebagai seorang isteri..... dah hari ni jugalah aku mendapat berita yang aku tunggu-tunggu selama ini. Korang nak tau x apa yang sangat-sangat mengembirakan aku arini? Aku nak citelah ni....hehehe
Baru je tadi aku mendapat sepucuk surat. Surat ini bukan hanya mengembirakan aku tetapi hubby juga. Ini bukan surat dapat hadiah ke, pakej honeymoon ke...atau apa-apa lagilah....hahaha.....
Ini adalah surat kelulusan pertukaran aku ke utara sana. Ya, surat ini yang membolehkan aku dekat dengan hubby aku. Gembira bukan kepalang. Kesyukuran ke atasNya tidak terhingga. Rasa macam sekarang je nak terus berkemas. Amboi, gelojohnya aku ni!...hehehe....
Tapi aku memang harus berkemas dari sekarang. Aku akan lapor diri ke sana pada 3 Mei ini. Memang x lama pun. Dapat je surat tadi, dengan perasaan membuak-buak aku terus dail no hubby. Hubby aku senyum tanpa perlu kata apa-apa....hehehe...walaupun aku xnampak tapi boleh rasalah betapa gembiranya dia.
Hubby aku dahla hari esok akan datang ke KL. Minggu depan kena mai lagi la,sayang... kena angkut barang-barang isterimu ini.... Bertambah-tambah rasa kebahagiaan ku....
Alhamdulillah, Kau makbulkan jua doa hamba-Mu ini.... Hanya kesyukuran dapat aku ungkapkan. Kengkawan semua terima kasih atas sokongan & doa kalian semua.
Terima kasih jua kepada pihak pengurusan yang menjadikan impian aku ni satu kenyataan.

TANDA KU SAYANG KAMU....
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al- Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
P/S : Sekadar untuk renungan kita bersama-sama...... aku dapat daripada inbox emel aku....

cari-cari cinta,
renungan
Monday, April 18, 2011
BLOG MAK USU KU....
Aku penah cite kat sini Mak Usu aku pandai buat kek & masak-masak ni. Hari tu aku kata Mak Usu aku hanya ada FB je kan. Rupa-rupanya lagi majulah. Sekarang dah ada pages DAPUR KAK ZU kat FB. Sebelum ni ada gak buka pages pasal Cheese cake ni. Tapi sebab dah terlupa password xdptlah nak aktifkan pages tu. Kalau nak terjah boleh aje. Kemajuan yang lain pula dah ada blog la...punyalah aku komen kat wall tanya bila nak buat blog. Dah ada pun rupanya. Jom terjah kat http://kakzusemanisgula.blogspot.com/
Kome p la cuci mata dengan pelbagai resepi kek & masakan yang boleh membuatkan kecur air liur kome tu...hehehe....
Kome p la cuci mata dengan pelbagai resepi kek & masakan yang boleh membuatkan kecur air liur kome tu...hehehe....
PUDURAYA, PERTEMUAN PERTAMA
Amboi, aku punya tajuk! Mentang-mentanglah Puduraya sudah kembali beroperasi. Rindu sangat la nak tengok rupa baru Puduraya. Banyak kenangan manis aku bersama Puduraya ni.
Masa belajar dulu inilah hentian yang menjadi penghubung antara aku, KL dan Kuantan. Berulang-alik xkira masa. Kalau rasa rindu kat famili aku terus je nak balik. Aku pemah balik masa semua orang sibuk buat majlis penutup untuk kamsis. Jahat x aku. Masa tu pun aku x berapa sihat. Perasaan nak balik tu memang membuak-buak la. Dah xpeduli dah kat majlis tu. Hubby aku merupakan AJK kamsis yang aku duduk. Tapi xpenah aku jumpa & aku xkenal pun dia. Kelakar kan....hehehe...
Puduraya ni juga menjadi tempat kenangan yang paling manis buat aku dengan hubby. Nak tau kenapa? hihihi....jeng..jeng...jeng.... Tempat inilah menjadi titik pertemuan pertama bagi aku dengan hubby. Tanggal 3 September 2006, sedang aku menanti bas sampai ke terminal seorang lelaki datang menegur aku. Tanya aku nak ke mana. Masa ni aku nak balik ke poli aku kat Kuantan. Sembang-sembang rupanya dia pun pelajar poli sama dengan aku. Bermulalah perkenalan aku dengan Hubby. Aku balik sorang je dia pulak dengan 2 orang kawan dia. Masa ni kawan dia x sampai lagi.
Masa ni pun ada kenangan tragis sebenarnya. Nak balik Kuantan ni, aku terpaksa bayar harga tiket 2 kali ganda. Masa ni budak poli dah habis cuti sem tapi budak U pulak baru mula cuti sem. Kami bertembung. Tiket memang sold out la. Nak x nak terpaksa la ambil je tiket ni. Lagi sadis bas tambahan yang aku naik tu hanyalah bas sekolah tanpa penghawa dingin. Sila bayangkan perjalanan yang memakan masa 4 jam tanpa penghawa dingin. Rasa nak pengsan time tu.
Masa dalam bas tu, aku duduk dengan seorang budak perempuan ni. Hubby aku dengan kengkawan dia iaitu Pa dan Apai duduk kat belakang. Hubby aku time ni jual minyak la. Siap minta no telefon lagi. Aku memang agak teragak-agak la nak bagi. Tapi budak perempuan yang dok sebelah ni laju je terus bagi. Banyak kali la hubby aku minta. Setelah berfikir sejenak, aku bagi la jugak. Senyum je hubby aku ek. Padahal budak perempuan sebelah aku ni yang terminat kat dia. Aku rileks ja la. Baru ja kenal xkan lah terus jatuh cinta kan...hehehe...
Bila dah sampai di Terminal Kuantan, masing-masing pun turunlah. Aku masih duduk kat Terminak tunggu kengkawan serumah aku sampai. Dorang dari Temerloh. Tapi aku dapat mesej dari dorang sampai lewat sikit. Bas dorang lambat bertolak dari sana. Menunggu la aku sorang-sorang kat sana. Perut pun dah lapar ni. Tiba-tiba hubby aku ni datag semula ajak aku g makan dengan kengkawan dia. Alamak, nak terima ke x? Takut la jugak kan. Depa ni semua lelaki. Apa-apa hal nanti. Aku dah la sorang-sorang ja ni. Memandangkan perut aku pun dah mula menyanyi lagu rock kelaparan, aku pun terima la pelawaan tu.
Tapi kami makan bertiga je la. Pa ada hal nak siapkan keja kat CC Terminal tu. Bertukar-tukar cerita la kami bertiga. Budak perempuan sebelah aku pun sebenarnya nak join tapi orang yang ambil dia pun dah sampai. Nampak benar muka kecewa dia. X ada rezekilah nak makan bersama..hehehe...
Agak-agak korang apa yang terjadi lepas pertemuan pertama ni? jeng..jeng..jeng....hehehe.....
Labels:
cari-cari cinta,
hubby,
journey,
politeknik
Friday, April 15, 2011
STIGMA DAN DIKRIMINASI HIV/AIDS
Pagi tadi aku telah menghadiri ceramah HIV/AIDS - Stigma dan Dikriminasi yang diadakan di ofis aku. Banyak pengetahuan yang aku dapat selama 2 jam ceramah berlangsung. Aku ingin berkongsi serba sedikit info yang aku dapat bersama kengkawan semua.
Sebelum korang semua tahu apa maksud HIV & AIDS? Kebanyakan dari kita hanya tahu menyebut atau mungkin tahu serba sedikit pasal ini. Tetapi kebanyakan dari kita akan merasa takut untuk menyebut DUA perkataan ni. Seolah-olah penyakit ini adalah penyakit berjangkit. Oleh itu aku ingin berkongsi dengan semua dan mengubah sedikit pandangan kita terhadap semua penghidap HIV/AIDS ini.
H Human
I Immunodeficiency
V Virus
A Acquired
I Immune
D Deficiency
S Syndrome
"Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit" ataupun AIDS adalah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficiency Virus) yang menyebabkan kegagalan sistem imun tubuh ataupun kebolehan semulajadi tubuh untuk melawan penyakit.
AIDS melumpuhkan kemampuan tubuh untuk melawan penyakit (sistem imun tubuh). Ini kerana kuman HIV telah memusnahkan sel T CD4+ yang bertanggungjawab melawan penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria, virus dan lain-lain. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. Dengan kegagalan sistem imun, pesakit AIDS lebih mudah terdedah kepada :
- pelbagai kuman, termasuklah yang tidak membahayakan manusia yang norma
- beberapa jenis kanser yang jarang-jarang berlaku
Penyebab bagi AIDS ialah HIV. HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia dan hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan daripada individu yang telah dijangkiti memasuki ke dalam tubuh individu yang belum dijangkiti.
Virus ini boleh tersebar melalui bendalir-bendalir tubuh seperti:
� Darah
� Darah
� Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi)
� Rembesan faraj
� Susu badan
� Susu badan
Virus ini tidak boleh tersebar melalui bendalir-bendalir seperti :
� Air mata
� Air liur
� Peluh
Transmisi/Jangkitan Virus AIDS
� Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan bersama-sama individu yang telah dijangkiti
� Suntikan dan perkongsian jarum suntikan
� Daripada ibu yang dijangkit kepada bayi yang dikandung
� Suntikan dan perkongsian jarum suntikan
� Daripada ibu yang dijangkit kepada bayi yang dikandung
Tanda-tanda dan gejala
� Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya
� Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan
� Demam yang berpanjangan. Demam ini berlaku samada secara berkala ataupun berterusan
� Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
� Jangkitan herpes zoster yang berulang-ulang. Herpes zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit
� Kandidiasis di mulut dan tekak. Kandidiasis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
� Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.

Kita tidak akan dijangkiti AIDS dengan :
� berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk
� menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.
� proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus AIDS.
� menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus AIDS.

Komplikasi
Pneumocystis Carinii Pneumonia |
� Pneumocystis Carinii Pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru), yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit AIDS� Cytomegalovirus Retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang serius dan boleh menyebabkan buta.
Sarkoma Kaposi |
� Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.
� AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari.
� AIDS Waiting Syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari.
Stastitik AIDS di Malaysia
Oleh itu, kita semua haruslah mengubah semua stigma dan mitos yang kita pernah mengenai penyakit AIDS ini. Bukan semua penyakit ini diakibatkan dari gejala yang tidak sihat. Sokongan moral dari kita haruslah kita berikan terutamnya kepada kanak-kanak tidak berdosa yang terpaksa menerima keadaan mereka ini. Kita haruslah melayan mereka seperti orang normal yang lain kerana ini bukanlah penyakit berjangkit.
Hari AIDS Sedunia disambut setiap 1 Disember |
Thursday, April 14, 2011
SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI
Jom kengkawan kita gegar lagi Segmen Ben Ashaari
Kali ni senang jer syaratnya :
- Sila letak header
- Tajuk : BEN ASHAARI GEGAR LAGI dan linkkan ke entri ini
- Lagi ?? tu jeee.. tak susah ponnnn .. kan kan ?
Tutup ? Ahad nanti .. Ops.. TOLONG PASTE URL SEKALI SAJA YER !!
link kat sini yer
Labels:
segmen ben ashaari
Wednesday, April 13, 2011
MLM OH MLM...
Lepas terbaca entri MIZZ SUE terpanggil pulak nak cerita pengalaman tentang MLM ni. Sebenarnya pengalaman rakan kursus aku, Kak Azie.
Aku dengan Kak Azie ditemukan semasa menghadiri satu kursus di utara nun sana. Kejadian ni pun dah lama terjadi. Kami berdua dapat group yang sama. Lepas kursus masih berhubung lagi melalui facebook. Biasalah bertanya khabar & program terkini masing-masing.
Satu hari tu aku dok bersembang guna chat FB dengan Kak Azie. Aku ceritalah ada seorang fasi kami ni selalu la call kami bertanya khabar. Kak Azie pun beritahu fasi ni pun selalu call & mesej dengan dia. Pada permulaannya memang bertanya khabar je, tapi lama kelamaan buat promosi mengenai satu skim yang dia masuk. Fasi ni selalulah cerita dia berulang-alik dari Penang ke KL. Dalam facebook ni selalulah dia letak gambar dengan kereta-kereta mewah. Konon-konon skim dia ni membolehkan dia dapat untung yang banyak dan dapat memiliki kereta-kereta idaman yang serba mewah tu.
Fasi ni selalulah ajak aku g majlis perjumpan dorang ni. Tempat perjumpaan tu memang dekat dengan kawasan rumah aku. Masa tu rasa menyesal beritahu dia aku duduk berhampiran ja. Tapi aku ni malas nak layan. Macam-macam alasan aku beri. Pernah sekali aku cakap aku pun kena hadir msyuarat time dia ajak aku tu. Siap cakap dia akan tunggu aku walau lewat macam mana pun. Padahal aku dok rileks ja kat rumah...hehehe... Sekali dia call, aku cakap ja la mesyuarat aku tu belum habis. Memang x dapat nak join la.
Aku terlepas kali ni tapi Kak Azie yang terperangkap. Rupa-rupanya Kak Azie x dapat menahan godaan fasi ni. Ye la kesian gak asyik mengajak kata nak jumpa. Kak Azie pergi sorang la plak. Tempat yang dia pergi tu sunyi sangat. Perjumpaan tu dibuat kat sebuah rumah kedai. Sampai tu dah rasa lain macam sangat. Nak patah balik dah sampai kan. Kak Azie redah la gak.
Masuk je tempat tu dah ramai orang yang datang. Siap ada makanan semua la. Mula-mula tu berbual-bual biasa je la. Kak Azie kata yang paling pelik kat sana siap ada muzik & dorang semua menari bercampur lelaki perempuan. X kiralah suami orang ke atau isteri orang semua menari macam x de apa-apa pun. Macam dah biasa ja.
Kak Azie dah rasa x sedap hati. Dia pun minta diri nak balik. Sekali Kak Azie kena tahan. Semua pakat dok keliling dia. Masa tu dia berserah ja la kalu nak terjadi apa-apa kat dia. Memang takut sangat. Masa ni lah dorang ni cakap Kak Azie ni xnak mengubah diri. Peluang kat depan mata pun boleh tolak. Kak Azie sedikit pun x mengalah. Dia balas balik pe dorang kata tu. Alhamdulillah Kak Azie dapat gak balik dengan selamat. Dorang memang terkena balik dengan kata-kata Kak Azie.
Cara dorang ni cakap macam skim ni la TUHAN dorang. Skim ni lah yang bagi dorang makan & rezeki. X salah kita nak tambah pendapatan hidup kita. Tapi gunalah saluran & cara yang betul. Sapa yang x musykil dengan skim ni. Ko x payah jual apa-apa pun. Hanya kuar modal yang bukan sikit. Makan beribu-ribu gak. Puluh ribu gak aku rasa. Senangnya hidup dorang kan. Kutip beribu-ribu duit orang & tipu sesuka hati dorang ja. Kita juga yang rugi. Bergolok gadai hanya nak rasa kemewahan yang sementara cuma.
Wednesday, April 6, 2011
HATI KU DAH SEJUK....
Alhamdulillah mood pagi tadi telah bertukar. Ada sedikit hepila. Orang bawah dah call kembali. Dah jumpa surat permohonan aku tu beserta ucapan maaf darinya. Aku maafkan. Lega sikit perasaan hatiku.
Ada lagi satu berita yang agak memberangsangkan mereka akan adakan mesyuarat pasal pertukaran esok. Jadi permohonan aku ni akan dibincangkan masa tu nanti. Minta-mintalah segalanya berjalan lancar.
Mood marah tadi bertukar ke mood berterima kasih kepada pemanggil tadi. Walaupun baru peringkat perbincangan tapi ada sedikit sinar harapan untuk aku. Moga-moga semua akan berlaku seperti yang dirancang... InsyaAllah....
Kengkawan semua doakan aku ye......

terima kasih,
tukar,
utara
AKU NAK TUKAR LAH?
Pagi-pagi ni hati aku dah panas. Ni semua pasal pertukaran aku. Semalam aku cubalah tanya status aku. Hati aku rasa senang je la call tu sebab tempat yang aku minta tu pun memang bos pun dah ada. Peluang untuk aku pergi sana lagi cerah la kan.
Dalam keterujaan aku tu dapat pulak feedback yang tak memberangsangkan. Apa korang rasa kalau korang di tempat aku? Dorang boleh cakap surat permohonan aku tak ada dalam simpanan fail mereka. Biar betul. Korang bayangkan macam mana surat aku tu tidak ada walhal aku dah dapat surat akuan terima yang mengatakan permohonan aku dalam perhatian mereka ni.
Gila apa? Ke dorang ni x cari pun surat aku tu? Tolonglah jangan buat penganiayaan macam ni. Pagi tadi aku call balik. Memang x jumpa. Aku geram aku kata xpelah aku turun g hantar balik salinan surat-surat aku tu. Surat permohonan, surat sokongan dan surat akuan terima tu. Surat tu ada no rujukan la. Kalau xdapat cari gak memang sengaja la cari nahas. Korang ingat senang ke hidup berjauhan ni. Dah ada peluang jadi macam ni pulak. Frust tau tak.
Aku harap lepas aku dah bagi ni dorang proses la surat aku tu dengan SEGERA. Silalah buat kerja dengan ikhlas. Ni berkenaan dengan harapan orang lain tau tak. Lagipun aku minta pertukaran dalaman je. Pertukaran tu sepatutnya lebih mudah.
YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBA MU INI....

karenah birokrasi,
tukar,
utara
Tuesday, April 5, 2011
"Bangku Kosong - blog hasrulhassan"
JOM BERSAMA MEMERIAHKAN BLOGLIST BANGKU KOSONG - Sebuah blog dari hasrulhassan. Blog kisah penceritaan suku abad."
Aku dah join...korang bila lagi? mai sini.. Bangku Kosong
Labels:
bloglist Bangku Kosong
Monday, April 4, 2011
SUDAH BALIK.....
Alhamdulillah
aku sampai ke rumah
jam 6.30 petang semalam
Bertolak dari AS
jam 11.00 pagi
Kelakar betul pagi tu
ingat dah kena tinggal bas la
jam 10.30 pagi
baru nak keluar dari rumah
Hubby punyalah pecut
bawa kereta
Sampai je kat terminal
bas pun xsampai lagi
hehehe....
Labels:
balik kampung,
KL
Friday, April 1, 2011
NAK BALIK @ XNAK BALIK? HIHIHI.....
Akhirnya aku balik gak AS petang ni. Ni lah hasil pujukan hubby aku. Siap buat suara sedih feeling-feeling macam dan rindu sangat...hahaha.... Padahal hari Selasa baru ja jumpa.... kekeke... Dah la sepatutnya hubby yang mai minggu ni. Langgar perjanjian dah ni. Dah mai dengan bos hari tu kira giliran la tu ek?....huhuhu....
Aku punyalah kelam kabut pagi ni. Sampai je ofis terus on PC. Cari apa ek? Cari tiket bas la. Beli online je. Bas p Utara dah la banyak waktu malam je. Nasib baik dapat kat Cosmic Ekspress. Tapi kena bertolak awal la dari ofis ni. Bas bertolak jam 6.15 petang, aku habis keja jam 5.00 petang. Hambik ko! Buatlah keja last minit macam ni lagi. Untung dapat bos yang baik hati. Dapatlah kebenaran nak balik awal....hehehe... Terima kasih, bos!
Doakan aku selamat sampai ye, kengkawan!
Labels:
balik kampung,
famili,
journey
Subscribe to:
Posts (Atom)